Khamis, 15 November 2012
Makanan Seimbang – Betulkah Pilihan Kita?
Piramid makanan seimbang seharusnya menjadi sumber rujukan untuk menentukan makanan seimbang yang perlu diambil seseorang. Namun jika kita kumpulkan semua makanan yang biasa diambil oleh orang ramai, agaknya tak banyak variasi makanan yang diambil – mungkin sekitar 12 jenis aje.
Kalau diperhatikan, hari-hari kita makan makanan yang hampir sama – sepanjang hidup kita. Tak banyak variasi, justeru tidak hairan jika kita menghadapi berbagai masalah kesihatan. Walau pun seseorang itu kurang arif tentang makanan seimbang, kebarangkalian untuk mendapat kurang zat makanan adalah rendah jika beliau memakan buah-buahan dan sayur-sayuran dari pelbagai warna; ungu, hijau, oren dan sebagainya berbanding dengan hanya mengambil sejenis makanan.
Apa yang saya ingin sampaikan adalah semakin banyak variasi atau jenis makanan yang diambil semakin tinggi kebarangkalian mendapat zat yang diperlukan tubuh. Jika bajet menjadi isu, seseorang perlu mendapatkan maklumat mengenai zat makanan yang diperlukan (protein, lemak sihat, karbohidrat, vitamin dan mineral). Apabila membeli makanan di pasar atau pasaraya, pilihlah makanan yang tinggi kandungan zat atau nutrien. Jika membeli makanan yang sudah diproses, baca maklumat nutrien yang tercatat di pembalut atau bungkusannya.
Menyedari kesedaran orang ramai terhadap keperluan makanan seimbang yang semakin meningkat, restoran-restoran termasuk rangkaian restoran makanan segera mula menawarkan makanan yang lebih berzat di restoran mereka. Berbekalkan ilmu mengenai pemakanan seimbang, kita mampu membuat pilihan bijak bila berkunjung ke restoran berkenaan.
Doktor menyuruh kita mengamalkan makanan seimbang dan bersenam untuk kekalkan kesihatan atau mengembalikan kesihatan kita yang sudah terjejas. Kita perlu mengambil makanan seimbang agar kita mendapat zat-zat dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita untuk kekalkan kesihatan atau memulih tahap kesihatan yang sudah menurun atau terjejas.
Dapatkan kita mengamalkan pemakanan atau diet seimbang seperti yang disarankan?
Saya cuba analisa pola pemakanan saya semasa hari berkerja untuk tengok sama ada saya dapat memenuhi keperluan tersebut:
Sarapan: Nasi/bihun goreng + telor goreng/ayam goreng atau nasi lemak dengan telor goreng/kerang/paru-paru goreng/sotong/sambal ikan bilis.
Makan tengahari: Nasi dengan satu jenis sayur + 1 ekor ikan/1 ketul ayam/1 senduk daging. Buah? Selalunya tidak dijual dikantin, kalau nasib dapatlah tembikai, betik, nenas atau tembikai susu. Kalau ada, ambillah sepotong.
Makan malam di rumah, tiada banyak bezanya. Nasi bersama satu/dua jenis lauk dan satu jenis sayur. Kadang-kadang tak da sayur.
Nampaknya pola pemakanan harian saya tidak memenuhi keperluan pemakanan seimbang. Saudara/ri camner?
Menurut garis panduan pemakanan Kementerian Kesihatan (rujuk grafik piramid makanan di atas), kita perlu makan 4-8 hidangan bijirin seperti nasi, gandum, jagung. Boleh juga ambil ubi. Sekurang-kurangnya setengah dari bijirin yang diambil mestilah bijirin penuh; kalau nasi – beras coklat, kalau roti – dari gandum penuh. Nasihat KKM, bila masak nasi, campurkan beras putih dengan beras coklat 50-50. Kalau tak nak, 50% dari karbohidrat kita mestilah dari roti/makanan yang diperbuat dari gandum penuh.
Kita juga kena ambil sekurang-kurangnya 3 hidangan sayur-sayuran atau 2 hidangan buah-buahan. Makanan ini dikaitkan dengan pengurangan risiko mendapat diabetes jenis 2, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan kanser. Garis panduan tersebut juga menasihatkan kita supaya mengambil daging, makanan laut dan ikan secara sederhana. kita dinasihatkan supaya lebih memakan ikan. Hasil tenusu – 1 hingga 3 hidangan sehari.
Garam, gula, minyak dan lemak? Semua orang tahu, kena kurangkan. Tapi kalau dah makan kat luar (kat warung atau restoranlah), banyak mana mereka taruh manalah kita tau. Yang pasti, bukan sedikitlah.
Dapatkah kita penuhi keperluan pemakanan seimbang? Kalau hari-hari makan di kantin tempat kerja, atau makan kat luar, nampaknya tak dapatlah. Kenalah bawa bekal dari rumah. Kalau tak boleh juga penuhi keperluan makanan seimbang, dan masih ingin kekalkan kesihatan yang unggul, kenalah ambil pemakanan tambahan.
Sumber grafik: Kementerian Kesihatan Malaysiawww.nutrition.moh.gov.my
Tanpa Kesihatan, Kita Semua Miskin
Ramai orang yang mengorbankan kesihatan mereka demi mengejar kekayaan, kemudian mereka membelanjakan kekayaan mereka untuk mengembalikan kesihatan. Aneh ya, tetapi itulah kita… manusia.
Sekiranya kita mempunyai seekor itik yang bertelur emas, sudah tentu itik itu akan kita jaga dengan baik bagai menatang minyak yang penuh. Begitu juga dengan mekanik atau pengurus kilang, mereka akan menjaga peralatan dan jentera agar berfungsi dengan baik bagi memastikan pengeluaran yang optimum. Tapi bagaimana dengan jentera yang paling hebat di dunia, sumber utama kepada pengeluaran kita ia-itu badan kita? Adakah kita menjaganya dengan baik agar ia dapat berfungsi dengan baik dan memberi hasil yang optimum?
Tiada yang lebih bernilai dari kesihatan. Kita semua tahu, tapi kita agak berkeberatan untuk mengekalkan kesihatan kita pada tahap optimum. Kesihatan optimum bermaksud hidup bertenaga serta bebas dari gejala yang menyukarkan dan juga penyakit kronik. Kita seorang yang gagal bila kita mengabaikan kesihatan kita. Demi untuk mengejar kejayaan, kita sering tidak makan atau makan makanan yang tak seimbang. Kita juga tidak mengambil pemakanan tambahan untuk menampung kekurangan akibat pemakanan yang tidak seimbang. Kita tidak tidur dengan secukupnya, tidak bersenam… semuanya demi mengejar kejayaan.
Mari kita renung bersama pepatah Peranchis yang berbunyi, “Seorang yang sihat adalah seorang yang berjaya”.
Kita semua sedia maklum bahawa kita akan menghargai seseorang atau sesuatu apabila kita kehilangannya. Kita akan mulai menghargai kesihatan kita bila kita sudah mula kehilangannya. Sekiranya umur kita sudah melampaui 40 tahun, eloklah memberi perhatian kepada kesihatan diri. Sudah banyak sistem badan yang rosak akibat gaya hidup yang tidak sihat.
Senaman Untuk Kesihatan
Di zaman ICT atau siber, ramai di antara kita yang tidak atau jarang bersenam (termasuklah saya). Kita banyak menghabiskan masa di depan komputer atau TV. Masa kerja mengadap komputer, balik rumah, kalau tak mengadap komputer, mengadap TV. Tentu ramai yang menghabis masa berjam-jam dengan Facebook. Kajian yang dijalankan oleh pakar mendapati amalan duduk mengadap komputer secara berterusan sepanjang hari memberi impak yang tidak baik kepada kesihatan diri.
Dengan bersenam, kita boleh meningkatkan paras kolesterol baik dalam darah kita dan juga menurunkan tekanan darah. Kalau paras kolesterol dan tekanan darah tidak begitu memberansangkan, eloklah mula bersenam. Tak perlu lama-lama dan tak perlu membuat senaman berat. Cukuplah sekadar berjalan keliling padang bola selama setengah jam sehari, atau selang sehari. Kalau membuat senaman berat nanti memudharatkan pula, terutamanya bagi mereka yang sudah berumur.
Saya dah mula bersenam semula, berjalan laju keliling padang lepas balik kerja. Saudara/ri bila lagi? Kalau yang memang dah selalu bersenam atau sudah memulakannya semula, baguslah. Nak tahu lebih lanjut tentang bersenam dan kaitan dengan penyakit diabetes
Pemeriksaan Kesihatan
Saya baru selesai menjalankan pemeriksaan. Majikan yang suruh, kena buatlah pada hari yang ditetapkan. Kalau atas kemahuan sendiri, lambatlah sikit. Asyik tangguh je. Pihak klinik kesihatan membuat ujian darah, tekanan darah, berat badan dan ketinggian. Ujian darah dibuat untuk memeriksa kandungan gula (glukosa) dalam darah, kolesterol (yang baik dan yang tidak baik) dan trigliserida. Alhamdulillah, semuanya OK. Adalah juga bacaan yang borderline (sampai had nak masuk tak OK).Doktor selalunya akan check paras gula, paras kolesterol, tekanan darah dan berat badan untuk tentukan tahap kesihatan kita. Paras gula hendaklah antara 3.0 hingga 5.5 mmol/l. Paras kolesterol hendaklah tidak lebih dari 5.2 mmol/l. Purata antara kolesterol baik (HDL) dengan jumlah kolesterol hendaklah di antara 25 hingga 500%. Tekanan darah yang ideal adalah 120/80, yang di atas hendaklah jangan lebih dari 140 dan yang di bawah tidak lebih dari 90. Berat badan yang sesuai pula bergantung kepada saiz badan kita, cara nak kira boleh check di sini [Cara Menentukan Berat Badan Sesuai].
Kita akan merasa risau kalau paras kolesterol kita tinggi kerana ianya selalu dikaitkan dengan risiko mendapat penyakit jantung. Tetapi mengikut kajian terbaru pakar-pakar perubatan, risiko mendapat penyakit jantung sepatutnya dikaitkan dengan paras homosisteina dan protein reaktif C dalam darah. Mengikut kata doktor saya, paras homosisteina dan protein reaktif C yang tinggi akan menyebabkan saluran darah bengkak dan merosakkan pengalas dalaman – yang kemungkinan besar akan menyebabkan serangan jantung. Hai nampaknya kena test jugalah benda ni.
Sembang Mengenai Diet Fad
Walaupun kempen besar-besaran untuk diet fad (diet musim atau diet kegilaan) sudah tidak begitu rancak lagi, namun masih ramai mereka yang mempunyai berat badan berlebihan mengamalkan beberapa jenis diet. Walaupun kajian menunjukkan kepentingan memakan makanan dari semua kumpulan makanan utama, orang ramai masih keliru tentang apa jenis diet yang perlu diamalkan, yang membuka ruang yang luas kepada penyelesaian segera seperti diet fad.
Dalam usaha untuk membantu pembaca menentukan apa yang membuatkan pemakanan itu sihat dan bila masa untuk menjauhkan diri, saya akan bincangkan apa yang membuat diet itu diet fad dan mengapa ia perlu dijauhkan. Kita akan lihat nanti bagaimana setiap kumpulan makanan boleh memberi manfaat kepada kesihatan kita.
Badan kita adalah ciptaan unik yang boleh mengambil manfaat daripada protein, karbohidrat dan lemak yang kita makan. Dalam usaha untuk melakukan yang terbaik kepada tubuh kita, hati kita sebenarnya memerlukan semua nutrien ini, yang dikenali sebagai makronutrien. Justeru diet ‘detoksifikasi’ pun harus juga memasukkan semua makronutrien ini.
Diet fad boleh ditakrifkan sebagai sesuatu yang bersifat sementara. Oleh itu, tidak hairanlah jika diet ini tidak berkesan. Bagaimana nak mengenali diet fad?
# 1 – Janji kehilangan berat badan yang cepatHebat! Mengurangkan berat badan dalam jangka masa yang pendek. Berapa ramai pembaca yang mengetahui seseorang yang telah mengikuti salah satu daripada diet ini, menjadi gemuk semula dan malah lebih berat dari dulu? Apabila seseorang kehilangan berat badan dengan cepat, mereka kehilangan banyak tisu otot dan berat badan yang diperolehi semula kemungkinan besar lebih banyak berat lemak dan kurang otot, membuat ia lebih mudah untuk mendapatkan kembali berat badan setiap kali mereka berhenti mengamalkan diet fad terakhir. Diet yang sihat untuk diamalkan adalah yang menggalakkan kehilangan berat badan secara lambat dan progresif dalam tempoh masa yang lebih panjang. Seseorang itu akan mempunyai kalori yang cukup untuk membuat senaman secara bersungguh-sungguh, supaya dia akan kehilangan lemak dan bukannya otot. Diet yang terlalu rendah untuk keperluan asas badan akan menyebabkan badan memecahkan simpanan protein (otot) untuk menjana tenaga yang diperlukan.
# 2 – Menghapuskan makanan atau kumpulan makanan tertentuPerkara pertama yang memberi amaran bahawa sesuatu diet itu adalah diet fad ialah apabila makanan tertentu, atau kumpulan makanan tertentu tidak dibenarkan diambil.
Kita ambil diet karbohidrat rendah sebagai contoh. Apakah yang membuat karbohidrat nutrien yang tidak baik? Kenapa pengambilan karbohidrat di beberapa negara mencecah setinggi 80% tetapi mereka tidak menghadapi masalah berat badan berlebihan. Justeru punca berat badan berlebihan bukanlah karbohidrat.
Satu lagi masalah dengan diet karbohidrat rendah adalah mereka mencadangkan dihapus atau dihadkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan nutrien. Berbagai-bagai penyelidikan yang dijalankan menunjukkan makanan tersebut membantu mencegah pelbagai penyakit seperti kanser dan penyakit jantung, justeru ianya sangat menghairankan bila seseorang yang terlibat dengan penjagaan kesihatan mengesyorkan diet seperti itu.
Bersambung di Bahagian 2…
Dapatkan transkrip temuramah bersama jurulatih kecergasan mengenai mengurangkan berat badan…PERCUMA di:
http://carakuruskanbadan.com/sub/temuramah.html
No Comments »Cara Untuk Kuruskan BadanPosted by Wan on Sunday Jun 5, 2011Filed under :Gaya Hidup SihatSaya sedang membangunkan sebuah laman web “Cara Kuruskan Badan” untuk berkongsi maklumat mengenai cara menguruskan badan ataupun untuk turunkan berat badan dengan para pembaca sekalian. Saya mendapat hakcipta ke atas beberapa penulisan mengenai tajuk tersebut dan bahan dari manuskrip tersebut akan saya muatnaik pada setiap minggu di laman web “Cara Kuruskan Badan“. Semua dijemput melayarinya.
Di dalam koleksi “Cara Kuruskan Badan 1″ anda akan:
- Pelajari fakta mengenai obesiti
- Mendapat gambaran umum tentang obesiti
- Menemui hubungan antara obesiti dan gangguan makan
- Perolehi ilmu tentang obesiti dalam bahasa orang awam
- Memahami peranan yang lemak dan kolesterol
- Memahami berat badan anda sendiri
- Tahu cara menghitung dan menentukan keperluan tubuh anda sendiri
- Dapat maklumat mengenai obesiti zaman kanak-kanak
- Temui peranan diet popular tinggi-lemak, sederhana-lemak dan rendah-lemak
- Pelajari tentang kaedah perubatan untuk membantu mengatasi obesiti
- Pelajari tentang kaedah alternatif untuk membantu mengatasi obesiti
- Merasa apa “kelaparan” sebenarnya dan belajar untuk membezakannya setiap hari bagi menentukan bila dan berapa banyak perlu dimakan
- Tingkatkan kemahiran dalam pengurusan senaman diri
- Menetapkan matlamat khusus dan konkrit untuk mengubah perilaku anda dan mengawal tabiat buruk yang menjurus kepada obesiti
- Dan banyak lagi …
Sistem Imun: Pelindung Kesihatan Kita
Sistem imun melindungi kita dari penceroboh asing seperti virus, bakteria, kulat, protein asing dan sel kanser. Ia adalah satu sistem yang sangat canggih, anugerah Yang Maha Pengasih, yang merupakan perlindungan terbaik dari sebarang penyakit berbahaya. Tiada ubat yang dapat menandingi sistem imun yang sihat. Secara ringkas sistem imun terdiri daripada sel khas, protein, tisu dan organ (nodus limfa, sistem pernafasan, limpa, kulit, apendiks, perut dan usus). Di dalam artikel ini saya akan terangkan serba sedikit mengenai tugas beberapa pemain dalam sistem imun:
Makrofaj (atau fagosit) - Sel darah putih yang berbentuk seperti Pac-Man, merupakan barisan pertahanan pertama sistem imun. Ia dengan cepat menyerang mana-mana penceroboh asing dan menelannya (seperti dalam permainan video Pac-Man). Namun kadangkala makrofaj tidak pasti sama ada yang datang itu penceroboh asing atau kawan. Makrofaj sudah tentu tidak mahu memusnahkan sesuatu yang merupakan sebahagian dari tubuh kita. Untuk membantunya mengenali kawan atau musuh, makrofaj akan meminta bantuan sel T-pembantu.
Sel T-pembantu adalah dari kumpulan sel darah putih yang dikenali sebagai limfosit. Sel T-pembantu akan mendatangi dan melekatkan dirinya dengan makrofaj untuk membantu makrofaj mengenali sama ada yang berada dalam genggamannya itu kawan atau musuh. Sekiranya sel T-pembantu memutuskan ianya adalah musuh, ia akan mengeluarkan hormon yang dikenali sebagai sitokines, yang memberi isyarat kepada sistem imun untuk bertindak dengan pantas. Ini merangsang sel-B untuk bertindak dan menarik lebih banyak makrofaj dan sel T-pembantu untuk datang menyelamat. Sekiranya sel T-pembantu tidak mengenali penceroboh asing tersebut, sistem imun akan menganggapnya sebagai kawan dan membiarkannya. Bayangkan apa yang akan terjadi. Ya, kita akan mendapat penyakit yang berpunca dari penceroboh (mikro-organisma) tersebut.
Sel-B mempunyai kemampuan untuk menembak penceroboh dengan enzim yang dapat menghancurkannya. Sebahagian dari sel-B akan kembali ke nodus limfa untuk membina antibodi bagi melawan penceroboh tadi. Sekiranya penceroboh ini menyerang lagi, sistem imun sudah bersedia mempertahankan diri disebabkan antibodi yang sudah dibina tadi.
Sel pembunuh semula jadi atau sel NK (natural killer) pula memusnahkan apa-apa yang berada di laluannya. Mereka menyemburkan sel yang dijangkiti dengan toksin dan enzim pemusnah, yang akan memusnahkan semua penceroboh asing atau sel yang tumbuh secara tidak normal seperti sel kanser. Apabila sel NK sudah mulai lemah atau tidak aktif dan tidak lagi berupaya memusnahkan sel kanser, disebabkan radikal bebas dan beberapa faktor lain, seseorang itu akan mendapat penyakit kanser. Memperkuatkan sel NK merupakan satu cara yang baik untuk kita memusnahkan sel kanser secara semulajadi (natural).
Sel T-penindas boleh diibaratkan sebagai pasukan pengaman yang datang selepas penceroboh asing telah dimusnahkan dan untuk menenangkan gerak balas imun yang beraksi dengan hebat itu. Ia merupakan faktor penting dalam mengawal kerosakan tidak dijangka (collateral damage). Sekiranya gerak balas imun yang begitu aktif tidak dikawal, ia akan menyebabkan kerosakan yang teruk kepada tisu normal di sekelilingnya. Sekiranya sel T-penindas tidur dan tidak dapat mengawal gerak balas tersebut, kita akan mendapat penyakit yang dikategorikan di bawah penyakit autoimun. Terdapat lebih 80 jenis penyakit autoimun, contohnya adalah diabetes jenis 1, artritis reumatoid, psoriasis, sklerosis berganda dan lupus.
Untuk membolehkan sistem imun melindungi kita seperti yang ditetapkan oleh Yang Maha Pencipta (Al-Khaaliq), kita perlu menjaga kesihatannya. Ia perlukan Vitamin E, Vitamin C, karotenoid, glutation, koenzim Q10, Zink dan antioksidan untuk kekal sihat dan berfungsi pada tahap terbaik.
Sekiranya anda merasakan anda tidak perlu mengambil permakanan tambahan untuk kekal sihat sepanjang hayat, fikirkan semula. Sila semak statistik mereka yang mendapat penyakit merbahaya seperti sakit jantung, kanser dan diabetes. Ia memberi kita petunjuk bahawa kita perlu melakukan sesuatu mengenai amalan permakanan kita.
[Apa yang kita dapat pelajari dari kejadian yang sungguh hebat ini, selain dari penjagaan kesihatan. Al-Jaami' - Yang Maha Mengumpulkan - mengajar kita untuk bekerjasama sesama kita. Seperti kata pepatah Melayu, muafakat membawa berkat. Kajian pakar-pakar sumber manusia telah mengesahkan bahawa kita lebih efektif apabila bekerja sebagai satu pasukan.]
Berapa Banyak Air Yang Perlu Diminum?
Ada orang kata jangan minum air banyak-banyak. Minum seteguk dua saja, ini petua untuk awet muda. Ada pendapat yang mengatakan kita perlu meminum 8 gelas sehari. Yang mana betul?
Pendapat yang pertama, memang tidak betul. Yang kedua? Tidak berapa betul! "8 gelas sehari" lebih merupakan sebagai lagenda yang telah diterima sebagai fakta.
Baru-baru ini, Jurnal Psikologi Amerika mendedahkan bahawa tidak terdapat bukti saintifik yang dapat menyokong teori "8 gelas sehari". Jangan salah faham pula. Saintis tersebut bukan mengatakan kita tidak memerlukan air. Tetapi nasihat agar kita mengambil 8 gelas air sehari bukanlah satu nasihat yang baik.
Pertama, kita perlu meminum air berulangkali di sepanjang hari. Meminum 8 gelas di waktu pagi dan mempercayai bahawa anda sudah meminum air yang cukup untuk hari tersebut adalah berbahaya.
Mereka yang meminum air, walau setengah gelas, pada setiap jam akan mendapati diri mereka begitu bertenaga.
Berapa banyak yang perlu diminum? Ianya bergantung kepada cuaca dan aktiviti yang anda jalankan. Lebih banyak anda kehilangan air, lebih banyak yang perlu diminum, lebih banyak dari 8 gelas. Tetapi jangan pula meminum terlalu banyak. Kenapa pula? Meminum terlalu banyak air boleh menyebabkan keracunan air (sekiranya menahan membuang air kecil) ataupun situasi elektrolit tak seimbang.
Peringatan: Lebih banyak anda meminum air, lebih banyak anda perlu menggantikan elektrolit anda. Di mana anda boleh memperolehi bekalan
elektrolit? Dari air minuman sukan seperti 100 Plus, Excel dll.
Nanti dulu, sebelum anda ke pasaraya untuk membeli minuman tersebut, saya ada satu petua untuk anda. Masukkan secubit garam ke dalam setiap gelen air minuman anda. Nah! Anda sudah mendapat bekalan elektrolit yang cukup. Sudah tentu pengeluar air minuman sukan tidak akan memberitahu kita mengenainya.
Pendapat yang pertama, memang tidak betul. Yang kedua? Tidak berapa betul! "8 gelas sehari" lebih merupakan sebagai lagenda yang telah diterima sebagai fakta.
Baru-baru ini, Jurnal Psikologi Amerika mendedahkan bahawa tidak terdapat bukti saintifik yang dapat menyokong teori "8 gelas sehari". Jangan salah faham pula. Saintis tersebut bukan mengatakan kita tidak memerlukan air. Tetapi nasihat agar kita mengambil 8 gelas air sehari bukanlah satu nasihat yang baik.
Pertama, kita perlu meminum air berulangkali di sepanjang hari. Meminum 8 gelas di waktu pagi dan mempercayai bahawa anda sudah meminum air yang cukup untuk hari tersebut adalah berbahaya.
Mereka yang meminum air, walau setengah gelas, pada setiap jam akan mendapati diri mereka begitu bertenaga.
Berapa banyak yang perlu diminum? Ianya bergantung kepada cuaca dan aktiviti yang anda jalankan. Lebih banyak anda kehilangan air, lebih banyak yang perlu diminum, lebih banyak dari 8 gelas. Tetapi jangan pula meminum terlalu banyak. Kenapa pula? Meminum terlalu banyak air boleh menyebabkan keracunan air (sekiranya menahan membuang air kecil) ataupun situasi elektrolit tak seimbang.
Peringatan: Lebih banyak anda meminum air, lebih banyak anda perlu menggantikan elektrolit anda. Di mana anda boleh memperolehi bekalan
elektrolit? Dari air minuman sukan seperti 100 Plus, Excel dll.
Nanti dulu, sebelum anda ke pasaraya untuk membeli minuman tersebut, saya ada satu petua untuk anda. Masukkan secubit garam ke dalam setiap gelen air minuman anda. Nah! Anda sudah mendapat bekalan elektrolit yang cukup. Sudah tentu pengeluar air minuman sukan tidak akan memberitahu kita mengenainya.
Ciri Kesihatan Optimum
Anda berjumpa doktor, menjalani pemeriksaan kesihatan rapi dan didapati sihat. Anda mengelakkan diri daripada kuman selesema selama berbulan-bulan. Namun, ini tidak bererti anda dalam keadaan kesihatan optimum.
Kesihatan optimum bermakna menjalani kehidupan dengan vitaliti yang kuat, bebas gejala yang menyukarkan dan penyakit kronik. Ini harus menjadi matlamat utama setiap orang untuk menikmati kesihatan fizikal, mental, emosi, dan rohani. Pendek kata, kesihatan optimum bermakna mencapai kemungkinan menjadikan diri yang terbaik dan untuk mencapai potensi anda yang sepenuhnya.
Ia adalah keadaan yang memberi kesan kepada kesejahteraan keseluruhan diri dan untuk mencapainya, anda memerlukan suatu strategi seimbang, iaitu empat perkara penting - pemakanan, senaman, rehat dan sikap mental.
Pemakanan
Penampilan kita adalah hasil daripada apa yang kita makan. Disebabkan kegilaan rentak kehidupan moden, kita jarang dapat duduk bersama keluarga dan makan tiga sajian yang dimasak di rumah dalam sehari. Diet sihat menghasilkan tubuh sihat dan pemakanan yang teruk bukan sahaja menyebabkan rasa letih dan tidak bermaya tetapi menjadikan anda berisiko menghidap pelbagai penyakit.
Mengikut American Cancer Society antara 35 hingga 70 peratus barah boleh dikesan mengikut diet. Diet yang sihat dan seimbang mengandungi vitamin, mineral, protein, karbohidrat, lemak, serat dan fitofaktor, adalah penting untuk kesihatan yang baik. Pertimbangkan mengambil suplemen untuk memenuhi semua keperluan pemakanan anda.
Bersenam
Gaya hidup sekarang lebih banyak duduk, jadi kerap bersenam boleh menawarkan faedah kesihatan dan kecergasan tambahan. Bagaimanapun, anda seharusnya tidak memaksa diri mengikuti rutin senaman sukar yang memaksa tubuh anda sehingga melebihi hadnya. Pepatah no pain, no gain sudah tidak boleh digunakan lagi. Apa yang anda perlukan ialah senaman sederhana yang kerap iaitu 3 hingga 5 kali seminggu, yang turut menyenaraikan kegiatan kardiovaskular, latihan ketahanan atau berat badan dan meregang untuk fleksibiliti, bagi mengekalkan jantung kuat, membina otot dan mengurangkan kesan stres.
Rehat
Ramai tidak mengendahkan hal ini dengan kebanyakan orang mendapat minimum antara 7 hingga 9 jam tidur yang diperlukan untuk orang dewasa. Tanpa rehat yang mencukupi, keupayaan pembelajaran seseorang individu dan daya ingatan boleh terjejas kerana faedah tidur utama ialah untuk memulihkan otak serta menyegarkan tubuh. Ketika tidur, mekanisme pembaikan tubuh anda kembali berfungsi, memperbaharui sel daripada kerosakan dan serangan dipertahankan sepanjang hari supaya apabila anda terjaga, anda bagaikan seorang yang baru.
Sikap Mental
Berapa kali anda ditanya dengan soalan ini, Adakah gelas separuh kosong atau separuh penuh? Ini mungkin kelihatan seperti persoalan remeh tetapi ia adalah gambaran seimbas lalu pemikiran anda dan pandangan anda terhadap kehidupan. Kaitan antara fikiran dan tubuh memainkan peranan penting tentang cara tubuh menangani stres. Sikap mental yang sihat membolehkan anda menangani roda kehidupan yang sering berputar. Bersikap mental yang positif boleh membantu melegakan stres dan menangani kekecewaan dalam kehidupan.
Secara ringkasnya, walaupun mungkin tiada formula kukuh untuk mencapai kesihatan optimum, anda boleh memilih tabiat gaya hidup yang memperbaiki kesejahteraan anda dan membawa anda mencapai kesihatan optimum.
Langgan:
Catatan (Atom)